Latihan Sinonim
Pilih jawapan yang betul bagi sinonim yang cendung.
1) Khalid sedang menanti ketibaan rakan karibnya di Bandar Seri Begawan.
a) menyambut
b) menunggu
c) menjemput
d) mempelawa
2) Batrisyia memamah makanan itu sebelum menelannya.
a) menyiat
b) menggigit
c) mengunyah
d) mengulum
3) Sepakan kencang pemain bola sepak itu telah menembusi pintu gol pasukan lawan.
a) Hentaman
b) Hayunan
c) Tendangan
d) Lerekan
4) Bakul yang diangkat oleh Najwa penuh dengan sayur dan ikan.
a) dibawa
b) dipunggah
c) diapit
d) dibebat
5) Zakaria menerangkan perkara yang dilihatnya kepada kami dengan bersungguh-sungguh.
a) menjelaskan
b) menyatakan
c) mengemukakan
d) menterjemahkan
6) Kita hendaklah menghindari perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan kehendak agama.
a) memisahi
b) mengelaki
c) mengawasi
d) menjauhi
7) Kabus tebal pada pagi itu menyelubungi puncak gunung yang kami daki.
a) menyeliputi
b) mengaburi
c) melindungi
d) melingkari
8) Sungguhpun Pakcik Ahmad mewah, kehidupan keluarganya tidak bahagia.
a) maupun
b) meskipun
c) pastinya
d) setentunya
9) Rumah setinggan itu dirobohkan oleh pihak berkuasa semalam.
a) dijatuhkan
b) digugurkan
c) diruntuhkan
d) dirosakkan
10) Encik Shamsul sering dipuji oleh ketuanya kerana mempunyai rekod kedatangan yang baik.
a) sempurna
b) bagus
c) lengkap
d) cukup
Dimuat turun daripada http://haliza2610.tripod.com
3 comments:
1)b
2)c
3)c
4)a
5)a
6)c
7)b
8)b
9)c
10)a
Terima kasih kerna menjawab latihan ini Ummi Yasmin. Kamu berjaya menjawab 7 soalan dengan betul. Walau bagaimanapun, jangan putus asa, kamu boleh cuba jawab lagi. :)
1.B 2.C 3.C 4.A 5.A 6.D 7.B 8.B 9.C 10.B
Post a Comment