Bandingan Semacam

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan bandingan semacam yang sesuai.

tinggi macam galah
cantik macam bidadari
luas macam lautan
manis macam madu
masam macam cuka
mahal macam emas


1) Juara pertandingan baju kurung itu _______________.

2) Kuih yang ganjil bentuknya itu __________________.

3) Buah rambutan rasanya _____________________.

4) Lombong tinggal di belakang rumah saya ________________.

5) Harga pakaian yang dimport biasanya ____________________.

6) Pokok kelapa yang sebatang itu ______________________.

posted under | 6 Comments

Kata Ganti Nama Diri Tanya



1. Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya.
Contoh:
• Apa merujuk kepada benda atau perkara.
• Siapa merujuk kepada orang.
• Mana merujuk kepada benda atau orang.


2. Partikel –kah hanya digunakan apabila kata ganti nama diri tanya digunakan di hadapan ayat.
Contoh:
• Apakah nama bangunan yang tertinggi di dunia? [betul]
• Nama bangunan yang tertinggi di dunia apakah? [salah]



Latihan:

Pilih kata ganti nama diri tanya yang betul.

1. (Apakah / Siapakah ) yang menjadi ketua pengawas sekolah tahun ini?

2. Perkara yang dibincangkan itu ( mana / apa )?

3. Nama pelajar yang baru datang itu ( siapa / apa )?

4. “Rombongan yang datang itu dengan ( siapa / apa )?”tanya Izzat kepada pemuda itu.

5. “( Apakah / Siapakah ) yang datang bersama-sama kamu semalam?”tanya ibu kepada Rahman.


Sumber:

http://cikgunoriatijamal.blogspot.com/2009/12/kata-ganti-nama-diri-tanya.html

posted under | 11 Comments

Kata Adjektif

1) Kata Adjektif adalah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. Sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

2) Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

3) Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.


Kata adjektif yang terdapat dalam buah durian: hijau, kuning, bulat, berduri, manis, lemak, keras dan sebagainya.




Latihan:

Nyatakan kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .

1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .
2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .
3. Kakinya terasa letih kerana terlalu jauh berjalan .
4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu.
5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.
6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut.
7.Jam tangan Haziq lambat sepuluh minit.
8.Puan Najwa membalut luka anaknya dengan kain nipis.
9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.
10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.


Sumber:

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksifat.htm
http://upsrbm.tripod.com/ka-lat2.htm

posted under | 5 Comments

Fahaman


Aku Seekor Burung



Aku seekor burung. Namaku Si Merak. Di badanku terdapat bulu yang pelbagai warna dan sangat cantik, halus dan menarik.

Aku tergolong dalam kumpulan burung yang paling cantik. Oleh yang demikian, aku menjadi idaman ramai manusia yang gemar akan burung.

Pada suatu hari, aku tersempak dengan sekumpulan pemburu. Aku pun berlari sekuat hati untuk bersembunyi dan menyelamatkan diri. Pemburu-pemburu itu mengejarku. Namun nasibku malang. Mereka berjaya menangkapku dan memasukkanku ke dalam kurungan.

Pemburu-pemburu itu membawaku ke bandar. Aku dijual dengan harga yang tinggi kepada seorang tauke binatang. Aku ditempatkan di sebuah rumah kecil dan sempit yang disebut sangkar. Kemudian, aku dipamirkan kepada orang ramai.

Alangkah malangnya nasibku sebagai seekor burung merak yang telah terjerat. Aku sudah tidak boleh bebas bergerak seperti dulu. Aku telah dipisahkan daripada keluargaku. Jika perbuataan manusia ini berleluasa akan pupuslah spesisku pada masa hadapan.



Jawab soalan berikut menggunakan ayat penuh.

1) Siapakah Si Merak?

2) Mengapakan Si Merak menjadi idaman manusia?

3) Bagaimanakah Si Merak ditangkap oleh pemburu?

4) Di manakah Si Merak ditempatkan?

5) Apakah terjadi kepada Si Merak?

6) Apakah yang kamu lakukan untuk menyelamatkan spesis burung yang ada di dunia ini?

posted under | 6 Comments

Antonim

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang cendong.

1) Kita hendaklah sentiasa berjimat cermat pada masa perkembangan ekonomi yang lemah ini.
a) kuat
b) pesat
c) cekap
d) pantas


2) Pekerja kedai itu sedang mengangkat barang-barang untuk dibawa ke lori.
a) mengalih
b) menyimpan
c) mengedar
d) meletak


3) Wajahnya kelihatan sedih apabila mendapat berita yang mengejutkan itu.
a) bergemerlapan
b) ceria
c) berseri
d) bercahaya


4) Datuk mengorek lubang untuk menanam benih mangga.
a) menambah
b) menimbus
c) menurap
d) menimbun


5) Sultan menitahkan adinda baginda mengetuai bala tentera ke medan perang.
a) nenda
b) anakanda
c) cucunda
d) kakanda


6) Tukang parang sedang membentuk pangkal parang yang ditempah oleh petani itu.
a) mata
b) hulu
c) hujung
d) belakang


7) Sekolah lama itu akan bertambah cantik jika dihiasi dengan bunga.
a) buruk
b) usang
c) baharu
d) tua


8) SR Mata-Mata telah gagal di dalam pertandingan bola jaring di peringkat akhir.
a) tewas
b) berjaya
c) kecundang
d) lulus


9) Ummi Yasmin berasa gementar sewaktu berhadapan dengan penonton yang ramai itu.
a) gembira
b) yakin
c) cuak
d) tenang


10) Mohd Yusoof sedang membuang sampah-sarap di dalam rumahnya.
a) mengumpul
b) mengutip
c) menyapu
d) mengelap



Selamat Mencuba!


posted under | 13 Comments

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

Senarai simpulan bahasa berserta maksudnya adalah seperti berikut.


Berpeluk tubuh
= Malas

Bermasam muka
= Tidak bertegur sapa

Berat sebelah
= Tidak adil

Banyak lemak
= Kelakuan yang melampau

Buku lima
= Penumbuk

Berganti tikar
= Berkahwin dengan saudara kepada bekas isteri ataupun suami

Buat helah
= Memberi alasan yang diada-adakan

Buah mulut
= Perkara yang menjadi percakapan orang ramai

Telinga kuali
= Tahan menerima kemarahan

Telinga lintah
= Tajam pendengaran

Potong haluan
= Mengambil peluang orang lain

Samar muka
=Kurang terang

Setengah tiang
= Darjah atau tingkatannya sahaja yang tinggi sedangkan ia tidak boleh menulis, membaca, dan mengira dengan baik

Tangkai jering
= Orang yang kedekut

Tulang duai
= Orang yang lemah tidak sanggup mengangkat atau bekarja kuat

Paku belanda
= Harga barang yang tetap harganya

Atas pagar
= Tidak menyebelahi mana-mana pihak

Balik gagang
= Pulang ke kampung asal

Pilih kasih
= Memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai

Ajak-ajak ayam
= Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang

Bongkok sabut
= Bongkok badan yang sedikit sahaja

Buruk siku
= Meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan kepada seseorang atau orang lain

Cakap besar
= Mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri

Cangkul angin
= Melakukan kerja yang sia-sia

Cicak kubin
= Sangat kurus

Derma kilat
= Derma yang dipungut dengan serta-merta

Gaji buta
= Gaji yang diterima dengan tidak bekerja sunguh-sungguh atau gaji yang didapati tanpa bekerja keras; seseorang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji





Latihan:
Pilih 5 daripada 27 simpulan bahasa di atas kemudian bina ayat berdasarkan simpulan bahasa yang kamu pilih. Setiap ayat haruslah mengandungi 6 atau lebih patah perkataan.

posted under | 10 Comments

Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif adalah kata kerja yang disertai oleh objek. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Contoh ayat:

Radio itu didengari Asraf.
Tikus itu ditangkap oleh seekor kucing.
Buah-buahan itu dijual oleh seorang perempuanI.
Ikan itu dijala oleh Pak Abu.
Surat itu sedang dibaca oleh kakak.




Latihan: Tukarkan ayat kerja transitif aktif di bawah ini kepada ayat kerja transitif pasif.



1) Kakak membersihkan rumah.



2) Ibu membeli makanan di kedai.



3) Kamu perlu menguasai Bahasa Melayu Baku dengan baik.



4) Saya mencuci kasut sekolah.


5) Shahriman menunggang kuda.

posted under | 13 Comments

Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif adalah kata kerja yang mesti disertai oleh objek untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Contoh perkataan kata kerja transitif aktif:
mencuci, menduduki, mendermakan, membaca, memperolehi dan mempersilakan.

Contoh ayat:

1) Saya mencuci pinggan selepas makan.
2) Kamu akan menduduki peperiksaan PSR pada bulan Oktober nanti.
3) Pak Ahmad mendermakan wang sebanyak $300 kepada Tabung Dana Al-Muthadee Billah.
4) Cikgu sedang membacakan buku cerita hantu kepada kami.
5) Anisa memperolehi markah penuh dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
6) Ayah mempersilakan tetamu yang hadir masuk ke rumah.


Latihan:

Bina lima ayat kata kerja transitif aktif berdasarkan gambar di bawah.


posted under | 6 Comments
Newer Posts Home

Sila tinggalkan pesan sahaja:


ShoutMix chat widget

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6A

Buah Durian buah berduri,
Mari kita makan bersama-sama,
Jika kita tercucuk duri,
Tentulah sakitnya itu terasa.

Doraemon dan Nobita sangat gembira,
Giant dan Sinyu sangatlah sombong,
Dengan kawan haruslah mesra,
Jika berkawan janganlah sombong.

Suasana di hari raya,
Banyak ampau di sana sini,
Kalau kita menjadi kaya,
Boleh beli apa saja yang diingini.

Turun merambat di petang Jumaat,
Berbekal nangka berbungkus sutera,
Jika kita mempunyai sahabat,
Bolehlah kita belajar bersama.

Gunung daik bercabang tiga,
Di tengah laut ada ikan,
Di telapak kaki ibu itu syurga,
Ibu menanggis jangan dibiarkan.

Anak kerbau terlanggar lori,
Ketika berjalan kakinya timpang,
Nasihat ayat saya ingati,
Ayah mengingati jangan dibantang.

Cuaca tenang dia sembunyi,
Ketika malam mencari rezeki,
Takbir raya sudah berbunyi,
Kita rayakan di aidilfitri.

Pulan Labuan tidak berbukit,
Apa bukit di batu kerang,
Budi tuan bukan sedikit,
Dari dahulu sampai sekarang.

Abang-abang duduk di pintu,
Duduk di pintu membuka nanas,
Jangan abang cakap begitu,
Hati ya sejuk menjadi panas.

Asam pauh delima batu,
Ikan sumbilang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Wahai anak-anak sekalian,
Dengarlah saya hendak beri nasihat,
Kita mestilah bermesra dengan kawan,
Dengan kawan janganlah berbuat jahat.

Ayam berkokok setiap pagi,
Masa untuk bangun dari tidur,
Marilah kita jaga gigi,
Supaya gigi tidak kotor.

Ikan berenang di dalam air,
Banyaknya berenang membawa letih,
Kek ais krim sudahlah cair,
Kami pula berasa sedih.

Dengan kawan janganlah malu,
Tiada kawan membawa sepi,
Kita haruslah ceria selalu,
Marah itu adalah bara api.

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6C

Sebiji bola dilambung-lambung,
Bola dilambung di tanah rata,
Janganlah kamu bersifat sombong,
Semasa mengandung ibu derita.

Kaki bukan sebarang kaki,
Kaki diorder dari Jepun,
Buat apa bersedih hati,
Mari kira belajar berpantun.

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong julukkan,
Saya dan Nizam murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kertas terbang oleh angin,
Hendak ditangkap sangatlah payah,
Mari kita belajar rajin-rajin,
Supaya kita mendapat hadiah.

Orang bising di luar rumah,
Semua jiran menjadi marah,
Kanak-kanak bising di luar rumah,
Di sana sini orang marah.

Pergi ke hutan memotong getah,
Getah dipotong bertimpa-timpa,
Hendaklah ikut perintah Allah,
Hormatlah kepada ibu bapa.

Kalau memetik buah kepala,
Buat minyak ubat kepala,
Taatilah kedua ibu bapa,
Pastilah kamu dapat pahala.

Pergi ke tanam bersiar-siar,
Rumput panjang mesti dipotong,
Ibu bapa jangan dibiar,
Sakit susahnya mesti ditolong.

Pergi ke tamu membeli lada,
Lada banyak di mana-mana,
Kalau ibu bapa sudah tiada,
Waktu kecil hidup merana.

Topi emas topi ajaib,
Sunah nabi jangan dilupa,
Sembahyang itu hukumnya wajib,
Jangan kita mudah lupa.

Dua tiga burung merpati,
Ia terbang melayang-layang,
Ditembak seekor gugur mati,
Ia dibunuh bukan sebarang.

Menjemput atok pergi ke Tutong,
Membawa ke laut mencari sotong,
Berniaga itu biarlah untung,
Wangnya simpan didalam tabung.

Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok ru,
Belajar itu biarlah berilmu,
Jangan engkar cakap guru.

Pakai baju warna biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Daun dedap di atas dalang,
Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada dilarang,
Perbuataan haram jangan dicuba.

Sungguh indah pintu pahat,
Burung puyon di atas dahan,
Kalau hendak hidup selamat,
Taat selalu perintah tuhan.

Belatuk di atas dahan,
Terbang derai ke lain pokok,
Hidup mati di tangan tuhan,
Kepada Allah kita bermohon.

Bendera Negara Brunei Darussalam

Bendera Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

SR Katok 'A'

SR Katok 'A'

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III
Cikgu Awg. Abd. Rahman bin Hj. Mustapa
Blog ini saya sajikan untuk murid-murid Tahun 6 yang saya sayangi. Semoga dengan wujudnya blog ini dapat menambah lagi ilmu mereka dalam mempelajari pelajaran Bahasa Melayu.

Waktu Sekarang

Zainul mendeklamasikan sajak bertajuk 'Pokok Tua'

Mayzrel menambangkan syair 'Bahaya Merokok'


Recent Comments