Latihan: Penanda Wacana

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Dia tidak menghadiri latihan bola sepak pada petang itu __________ telah dimaklumkan oleh ketua pasukan.
A sungguhpun
B selain itu
C oleh itu
D namun demikian


2.Sudah satu jam Tini menunggu Siti di perpustakaan, tetapi rakannya itu tidak datang. ________, dia pulang ke rumah.
A Kalau begitu
B Akhirnya
C Lepas itu
D Di samping itu


3. Abang Irfan membuka sebuah restoran. ________, dia juga berniaga pakaian.
A Dengan itu
B Lagipun
C Lantaran itu
D Dalam pada itu


4. Kita tidak digalakkan keluar dari rumah seorang diri ___________ pada waktu malam.
A Jadi
B Lebih-lebih lagi
C Justeru
D Biarpun demikian


5. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali. __________, goreng keropok itu sehingga garing.
A Semenjak itu
B Kemudian
C Walaupun begitu
D Sebelum itu


6. Kami dibawa berjumpa dengan pengurus kilang itu. __________, beliau menunjukkan prosesmembuat tayar kepada kami.
A Selanjutnya
B Selain itu
C Lebih-lebih lagi
D Namun begitu


7. Lokman aktif dalam permainan bola sepak. ________, dia telah dipilih sebagai ketua pasukan bolasepak sekolahnya.
A Mungkin
B Justeru
C Walau bagaimanapun
D Kalau begitu


8. Mereka menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran. __________ tiada sesiapa pun yangmendengarnya.
A Malangnya
B Tambahan pula
C Lebih-lebih lagi
D Dalam pada itu


9. Ashraf menyesal atas perbuatannya yang nakal selama ini. ___________, dia berazam hendak mengubah sikapnya.
A Namun begitu
B Selanjutnya
C Kemudian
D Oleh sebab itu


10. Datuknya meninggal dunia akibat sakit jantung minggu lalu. _________ wajahnya muram sahaja.
A Oleh itu
B Semenjak itu
C Sebaliknya
D Selepas itu


Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/55634728/24/LATIHAN-25-PENANDA-WACANA

posted under | 5 Comments

Latihan Jenis-Jenis Ayat

LATIHAN 1.

Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini:

1.Aduh, sakit kepalaku ini!
2.Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia.
3.Harap hadirin bersabar seketika.
4.Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5.Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6.Kampung saya bernama Kampung Aman.
7.Biarkan sahaja mereka bermain di situ .
8.Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ?


LATIHAN 2:

Baca ayat – ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat – ayat tersebut dan klafikasikannya sama ada ayat – ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan.

1) Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
2) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
3) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang berdekatan.
4) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.
5) Engkau tunggu dia di rumah.



LATIHAN 3:

Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan.
1)) Ayat tanya
2) Ayat seru
3) Ayat perintah
4) Ayat penyata
5) Ayat silaan
6) Ayat larangan
7) Ayat permintaan
8) Ayat suruhan


Dimuat turun daripada http://cikgurazak.blogspot.com/2010/05/modul-tb-6-jenis-ayat.html

posted under | 2 Comments

Jenis-Jenis Ayat

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.


Ayat perintah.

Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.

Ayat contoh:
1) Berdiri di atas kerusi itu.
2) Ikat tali kasut anda dengan betul.
3) Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
4) Tolong angkat baju itu.
5) Mengucaplah banyak-banyak.
6) Sila jamu selera.
7) Syukurlah kamu sudah kembali.
8) Harap-harap hari tidak hujan.



Ayat nafi

Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:

Ayat contoh:

1) Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
2) Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.


Ayat Tanya.
Ayat penyata Ayat tanya

Digunakan untuk bertanya atau menyoal.

Ayat contoh:

1) Tetamu sudah tib
2) Buah itu sudah masak?
3) Mereka hendak menolong kita?
4) Sudah tibakah tetamu?
5) Sudah masakkah buah itu?
6) Hendak menolong kitakah mereka?


Ayat Penyata.

Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan.

Ayat contoh:

1) Mereka berkumpul di padang sekolah.
2) Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
3) Bangunan sekolah sudah tua.
4) Pemuda itu membawa ibunya ke klinik.


Ayat Silaan.

Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila.
Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.

Ayat contoh:

1) Sila jawap surat ini sekarang
2) Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)



Ayat permintaan.

Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta.
Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.

Ayat contoh:

1) Tolong bersihkan bilik darjah ini.
2) Tolonglah aku kali ini.


Ayat Seruan.

Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.

Ayat contoh:

1) Amboi, cantiknya baju kamu!
2) Aduh, sakitnya perut aku!
3) Oh, dia sudah pergi ke sekolah !


Ayat Tunggal

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Ayat contoh :

1) Lelaki gemuk itu sedang menembak burung.



Ayat Majmuk.

Ayat Majmuk adalah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

Ayat contoh :
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )

Dimuat turun daripada:
http://www.tutor.com.my/stpm/jenis_ayat/jenis_ayat.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenis-jenis_ayat_bahasa_Melayu
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm
http://www.oocities.org/yus7441/ayatseruan.htm

posted under | 0 Comments

Penanda Wacana

Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.


i) Penanda wacana untuk memulakan karangan

1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,



ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan

1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,




iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..




iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh




v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,




vi)Penanda menutup isi

1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Kesudahannya,
7. Dengan berbuat demikian,
8. Dengan keadaan sedemikian,




vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

1. justeru
2. juga
3. malah
4. malahan
5. tambahan pula
6. sementelahan
7. bahkan juga
8. sekali gus
9. di samping
10. bahkan
11. malar-malar




viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup

1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Tuntasnya,………….
5. Konklusinya,
6. Sebagai penutup wacana,
7. Sebagai penghias bicara akhir,
8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
9. Secara keseluruhan,
10. Secara total,
11. Akhir kata,



ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

1. Walau bagaimanapun,
2. Namun demikian,
3. Namun begitu,
4. Meskipun,
5. Daripada perspektif yang berbeza,
6. Jika dilihat dari sudut lain,
7. Dengan kata lain,
8. Kontradiksinya,
9. Di sebalik itu,
10. Dalam pada itu,
11. Dari sudut lain,



x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
1. ___bak /seperti kata peribahasa,
2. ___bak kata peribahasa Melayu,
3. ___bak kata pepatah Melayu,
4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5. ___bak kata mutiara,
6. ___bak peribahasa,
7. ___bak pepatah,
8. ___bak kata cendekiawan,
9. ___persis kata peribahasa,
10. ___persis kata peribahasa Melayu,
11. ___persis kata orang tua-tua,
12. ___persis kata mutiara,
13. ___persis peribahasa,
14. ___persis kata cendekiawan,
15. Hal ini sama dengan peribahasa
16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
17. Fenomena ini dikatakan
18. Masalah ini sama dengan peribahasa
19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua


Dimuat turun daripada http://guruselamanya.wordpress.com/2011/03/02/penanda-wacana/

posted under | 7 Comments

Mari bersyair: Berjimat Cermat



posted under | 1 Comments

Mari Bersajak : Pesan Pujanga





posted under | 0 Comments

Kata Kerja

Kata Kerja.

- Kata kerja digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh orang atau binatang.
- Contohnya menyanyi, belajar, membaca, memasak , berenang, berlari, berjalan, minum, makan dan lain-lain.


Kata kerja transitif.
- Kata kerja transitif adalah kata kerja yang diikuti oleh objek.

- Contohnya:
1) Kerani sedang menaip surat.
2) Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya semalam.
3) Pegawai polis menangkap pencuri itu.


Kata kerja tak transitif.
- Kata kerja transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan objek.

- Contohnya:
1) Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya melihatnya.
2) Air sungai di kampong Katok mengalir dengan derasnya.
3) Mereka akan berbahas dengan sekolah Rendah Kiulap.



Latihan:

Nyatakan kata kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, nyatakan sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1) Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.

2) Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.

3) Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.

4) Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.

5) Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.

6) Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.

7) Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.

8) Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.

9) Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.

10) Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.


Contoh jawapan:

1) Mengasah - kata kerja transitif.


Dimuat turun daripada:

http://www.slideshare.net/manafyasir/kata-kerja-presentation
http://upsrbm.tripod.com/kk-lat2.htm

posted under | 0 Comments

Syair



Tahniah kepada murid-murid tahun 6B, 6C dan 6D kerana berhasil mencipta syair.

Tahun 6B:

Tempat Pertama: Kumpulan Beast

Assalamualaikum kepada semua,
Dengarkanlah syair pendek tentang budi bahasa,
Sopan santun amalan mulia,
Kita mesti amalkannya setiap masa.


Tempat kedua: Kumpulan Nagabin

Bila berbelanja ingat sentiasa,
Jimat cermat setiap masa,
Jadikan itu amalan biasa,
Jangan dikut nafsu dan rasa.


Tempat ketiga:

Dengarkanlah saudara saudari,
Hidup kita tentu berseri,
Hemah tinggi amalan kami,
Disulam dengan budi pekerti.


Tahun 6C:

Tempat pertama:

Alangkah indahnya dunia ini,
JIka semua orang berbudi,
Budi perketi amalan kitani,
Janganlah kita berbangga diri.


Tempat kedua:

Dengarkanlah wahai orang Melayu,
Tunjukkanlah bangsa kamu,
Jangan membuat bangsa malu,
Bangsa bersopan iaitu bangsa Melayu.


Tempat ketiga:

Dengarlah wahai saudara saudari,
Budi bahasa amalan kami,
Hemah tinggi amalan kami,
Hidup kita tentu berseri.



Tahun 6D:

Tempat pertama:

Dengarlah wahai saudara kami,
Budi bahasa menghias diri,
Jangan lupakan agama kami,
Sopan santun setiap hari.


Tempat kedua:

Dengarlah wahai anak-anak saya,
Ibu yang melahirkan kita,
Janganlah kamu menjauhinya,
Itu adalah budaya kita.


Tempat ketiga:

Dengarlah anak saudara saudari,
Kisah kehidupan dunia ini,
Bertambah ramai orang membesar diri,
Budi perketi semakin dilupai.

posted under | 0 Comments

Penjodoh Bilangan



Nota

1. Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.

2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.


Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:


baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya


batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya


biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya


cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya


das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam


ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya


gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya


ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya


jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya


keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya


ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya


laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya


lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya


pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya


sikat:
Untuk pisang


ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya


utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya




Tulis penjodoh bilangan yang sesuai..

1) Se ___________________ tiang lampu di tepi jalan itu telah tumbang.

2) Bapa Ali sedang menebang pokok dengan menggunakan se___________________ kapak yang tajam.

3) Ibu membelikan adik dua ___________________ stoking baru.

4) Saya telah makan tiga _____________________ kuih talam ubi di gerai Pak Dol.

5) Lelaki yang kejam itu memukul seekor anjing dengan se____________________ rantai basikal.

6) Orang kaya itu membeli se___________________ permata yang bermutu tinggi.

7) Sudin mengutip se_____________________ batu kecil lalu mencampaknya ke dalam sungai.

8) Pengganas itu telah menembak orang itu dengan menggunakan se ___________________ senapang otomatik.

9) Saya hanya mampu makan beberapa ___________________ cempedak sahaja kerana perut saya kenyang.

10) Sudin makan tiga ___________________ telur ayam separuh masak untuk sarapan.

11) Beberapa _________________ daun kering telah gugur dari pokok itu.

12) Se __________________ rantai emas telah diragut dari leher wanita itu.

13) Saya menerima se_________________ kad jemputan hari lahir daripada kawan baik saya.

14) Razali membeli se___________________ basikal di kedai itu.

15) Bapa menggali lubang dengan menggunakan se___________________ cangkul.


Dimuat turun daripada:
http://saujana.sg/portals/0/pengajaran/fazly.pdf
http://www.tutor.net.my/tutor/arkib2002.asp?e=UPSR&s=BM&b=JUL&m=3&t=2&r=m&i=NOTA

posted under | 8 Comments

Daun tingkap

Di bawah adalah contoh gambar daun tingkap.





posted under | 0 Comments

Gurindam: Bandar Seri Begawan






















posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Sila tinggalkan pesan sahaja:


ShoutMix chat widget

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6A

Buah Durian buah berduri,
Mari kita makan bersama-sama,
Jika kita tercucuk duri,
Tentulah sakitnya itu terasa.

Doraemon dan Nobita sangat gembira,
Giant dan Sinyu sangatlah sombong,
Dengan kawan haruslah mesra,
Jika berkawan janganlah sombong.

Suasana di hari raya,
Banyak ampau di sana sini,
Kalau kita menjadi kaya,
Boleh beli apa saja yang diingini.

Turun merambat di petang Jumaat,
Berbekal nangka berbungkus sutera,
Jika kita mempunyai sahabat,
Bolehlah kita belajar bersama.

Gunung daik bercabang tiga,
Di tengah laut ada ikan,
Di telapak kaki ibu itu syurga,
Ibu menanggis jangan dibiarkan.

Anak kerbau terlanggar lori,
Ketika berjalan kakinya timpang,
Nasihat ayat saya ingati,
Ayah mengingati jangan dibantang.

Cuaca tenang dia sembunyi,
Ketika malam mencari rezeki,
Takbir raya sudah berbunyi,
Kita rayakan di aidilfitri.

Pulan Labuan tidak berbukit,
Apa bukit di batu kerang,
Budi tuan bukan sedikit,
Dari dahulu sampai sekarang.

Abang-abang duduk di pintu,
Duduk di pintu membuka nanas,
Jangan abang cakap begitu,
Hati ya sejuk menjadi panas.

Asam pauh delima batu,
Ikan sumbilang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Wahai anak-anak sekalian,
Dengarlah saya hendak beri nasihat,
Kita mestilah bermesra dengan kawan,
Dengan kawan janganlah berbuat jahat.

Ayam berkokok setiap pagi,
Masa untuk bangun dari tidur,
Marilah kita jaga gigi,
Supaya gigi tidak kotor.

Ikan berenang di dalam air,
Banyaknya berenang membawa letih,
Kek ais krim sudahlah cair,
Kami pula berasa sedih.

Dengan kawan janganlah malu,
Tiada kawan membawa sepi,
Kita haruslah ceria selalu,
Marah itu adalah bara api.

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6C

Sebiji bola dilambung-lambung,
Bola dilambung di tanah rata,
Janganlah kamu bersifat sombong,
Semasa mengandung ibu derita.

Kaki bukan sebarang kaki,
Kaki diorder dari Jepun,
Buat apa bersedih hati,
Mari kira belajar berpantun.

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong julukkan,
Saya dan Nizam murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kertas terbang oleh angin,
Hendak ditangkap sangatlah payah,
Mari kita belajar rajin-rajin,
Supaya kita mendapat hadiah.

Orang bising di luar rumah,
Semua jiran menjadi marah,
Kanak-kanak bising di luar rumah,
Di sana sini orang marah.

Pergi ke hutan memotong getah,
Getah dipotong bertimpa-timpa,
Hendaklah ikut perintah Allah,
Hormatlah kepada ibu bapa.

Kalau memetik buah kepala,
Buat minyak ubat kepala,
Taatilah kedua ibu bapa,
Pastilah kamu dapat pahala.

Pergi ke tanam bersiar-siar,
Rumput panjang mesti dipotong,
Ibu bapa jangan dibiar,
Sakit susahnya mesti ditolong.

Pergi ke tamu membeli lada,
Lada banyak di mana-mana,
Kalau ibu bapa sudah tiada,
Waktu kecil hidup merana.

Topi emas topi ajaib,
Sunah nabi jangan dilupa,
Sembahyang itu hukumnya wajib,
Jangan kita mudah lupa.

Dua tiga burung merpati,
Ia terbang melayang-layang,
Ditembak seekor gugur mati,
Ia dibunuh bukan sebarang.

Menjemput atok pergi ke Tutong,
Membawa ke laut mencari sotong,
Berniaga itu biarlah untung,
Wangnya simpan didalam tabung.

Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok ru,
Belajar itu biarlah berilmu,
Jangan engkar cakap guru.

Pakai baju warna biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Daun dedap di atas dalang,
Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada dilarang,
Perbuataan haram jangan dicuba.

Sungguh indah pintu pahat,
Burung puyon di atas dahan,
Kalau hendak hidup selamat,
Taat selalu perintah tuhan.

Belatuk di atas dahan,
Terbang derai ke lain pokok,
Hidup mati di tangan tuhan,
Kepada Allah kita bermohon.

Bendera Negara Brunei Darussalam

Bendera Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

SR Katok 'A'

SR Katok 'A'

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III
Cikgu Awg. Abd. Rahman bin Hj. Mustapa
Blog ini saya sajikan untuk murid-murid Tahun 6 yang saya sayangi. Semoga dengan wujudnya blog ini dapat menambah lagi ilmu mereka dalam mempelajari pelajaran Bahasa Melayu.

Waktu Sekarang

Zainul mendeklamasikan sajak bertajuk 'Pokok Tua'

Mayzrel menambangkan syair 'Bahaya Merokok'


Recent Comments