Bandingan Semacam

Bandingan semacam adalah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Bandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana.

adil macam hakim
angkuh macam merak
bebas macam burung
berani macam harimau/singa
berat macam batu
besar macam gajah
bijak macam pendeta
bodoh macam kerbau/lemu
bulat macam bola
busuk macam bangkai/tahi
cantik macam bidadari/bunga
cepat macam kilat
cerah macam siang
cerdik macam sang kancil
degil macam keldai
deras macam ribut
gagah macam gergasi
ganas macam harimau/singa
garang macam harimau
gebu macam kapas
gelap macam malam
gemuk macam babi/babak
halus macam baldu/habuk
hangat macam api/neraka
harum macam bunga
hijau macam rumput
hina macam kucing kurap
hitam macam arang/buntut kuali
ikal macam mayang
jahat macam hantu/syaitan
jernih macam cermin
jinak macam merpati
kasar macam kulit nangka
kecil macam semut
kencang macam ribut
keras macam batu/besi
kesat macam pasir
kotor macam najis
kuat macam Badang
kuning macam kunyit
kurus macam lidi
lambat macam kura-kura/siput
lancar macam air
lari macam kuda
lembut macam sutera
liat macam getah
licin macam belut
ligat macam gasing
luas macam padang
mahal macam berlian/emas
malas macam keldai
manis macam gula/madu
masam macam cuka
masin macam garam
menangis macam budak-budak
merah macam biji saga/darah
merdu macam buluh perindu
miskin macam pengemis
mulia macam raja
nipis macam kertas
pahit macam hempedu/jadam/ubat
panas macam api
pandai macam Sang Kancil
pantas macam kijang/kilat
pedas macam cabai/cili
pucat macam mayat/orang mati
putih macam kapas
rajin macam semut
ramai macam semut/ulat
rata macam padang
ringan macam kekabu
riuh macam pasar
sabar macam nabi
segak macam putera
sejuk macam air batu/ais
sibuk macam lebah
tajam macam pedang/sembilu
takut macam tikus
tandus macam padang pasir
tawar macam air
terang macam siang
tinggi macam galah
tumpul macam belakang parang
wangi macam bunga
zalim macam Firaun


Rujukan:
http://members.fortunecity.com/yusrie2/bandingan.htm

posted under |

7 comments:

Anonymous said...

bagus but kena tambah 2 lagi terbaik!!!!

Anonymous said...

Erm.. bgs2

Unknown said...

Keras macam besi,
Berat macam batu,
Lembut macam kapas,
Bila dipegang hilang.
Apakah saya?

Unknown said...

Keras macam besi,
Berat macam batu,
Lembut macam kapas,
Bila dipegang hilang.
Apakah saya?

Anonymous said...

nazrul.. ape jawapannya??

Anonymous said...

Kalau jari runcing macam??
Pinggang ramping macam??
Pipi halus macam ???
Gelak macam ???
Mohon jawab pertanyaan di atas
Terima kasih

Anonymous said...

Saya sampah tapi selalu membuang siapakah saya?

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Sila tinggalkan pesan sahaja:


ShoutMix chat widget

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6A

Buah Durian buah berduri,
Mari kita makan bersama-sama,
Jika kita tercucuk duri,
Tentulah sakitnya itu terasa.

Doraemon dan Nobita sangat gembira,
Giant dan Sinyu sangatlah sombong,
Dengan kawan haruslah mesra,
Jika berkawan janganlah sombong.

Suasana di hari raya,
Banyak ampau di sana sini,
Kalau kita menjadi kaya,
Boleh beli apa saja yang diingini.

Turun merambat di petang Jumaat,
Berbekal nangka berbungkus sutera,
Jika kita mempunyai sahabat,
Bolehlah kita belajar bersama.

Gunung daik bercabang tiga,
Di tengah laut ada ikan,
Di telapak kaki ibu itu syurga,
Ibu menanggis jangan dibiarkan.

Anak kerbau terlanggar lori,
Ketika berjalan kakinya timpang,
Nasihat ayat saya ingati,
Ayah mengingati jangan dibantang.

Cuaca tenang dia sembunyi,
Ketika malam mencari rezeki,
Takbir raya sudah berbunyi,
Kita rayakan di aidilfitri.

Pulan Labuan tidak berbukit,
Apa bukit di batu kerang,
Budi tuan bukan sedikit,
Dari dahulu sampai sekarang.

Abang-abang duduk di pintu,
Duduk di pintu membuka nanas,
Jangan abang cakap begitu,
Hati ya sejuk menjadi panas.

Asam pauh delima batu,
Ikan sumbilang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Wahai anak-anak sekalian,
Dengarlah saya hendak beri nasihat,
Kita mestilah bermesra dengan kawan,
Dengan kawan janganlah berbuat jahat.

Ayam berkokok setiap pagi,
Masa untuk bangun dari tidur,
Marilah kita jaga gigi,
Supaya gigi tidak kotor.

Ikan berenang di dalam air,
Banyaknya berenang membawa letih,
Kek ais krim sudahlah cair,
Kami pula berasa sedih.

Dengan kawan janganlah malu,
Tiada kawan membawa sepi,
Kita haruslah ceria selalu,
Marah itu adalah bara api.

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6C

Sebiji bola dilambung-lambung,
Bola dilambung di tanah rata,
Janganlah kamu bersifat sombong,
Semasa mengandung ibu derita.

Kaki bukan sebarang kaki,
Kaki diorder dari Jepun,
Buat apa bersedih hati,
Mari kira belajar berpantun.

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong julukkan,
Saya dan Nizam murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kertas terbang oleh angin,
Hendak ditangkap sangatlah payah,
Mari kita belajar rajin-rajin,
Supaya kita mendapat hadiah.

Orang bising di luar rumah,
Semua jiran menjadi marah,
Kanak-kanak bising di luar rumah,
Di sana sini orang marah.

Pergi ke hutan memotong getah,
Getah dipotong bertimpa-timpa,
Hendaklah ikut perintah Allah,
Hormatlah kepada ibu bapa.

Kalau memetik buah kepala,
Buat minyak ubat kepala,
Taatilah kedua ibu bapa,
Pastilah kamu dapat pahala.

Pergi ke tanam bersiar-siar,
Rumput panjang mesti dipotong,
Ibu bapa jangan dibiar,
Sakit susahnya mesti ditolong.

Pergi ke tamu membeli lada,
Lada banyak di mana-mana,
Kalau ibu bapa sudah tiada,
Waktu kecil hidup merana.

Topi emas topi ajaib,
Sunah nabi jangan dilupa,
Sembahyang itu hukumnya wajib,
Jangan kita mudah lupa.

Dua tiga burung merpati,
Ia terbang melayang-layang,
Ditembak seekor gugur mati,
Ia dibunuh bukan sebarang.

Menjemput atok pergi ke Tutong,
Membawa ke laut mencari sotong,
Berniaga itu biarlah untung,
Wangnya simpan didalam tabung.

Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok ru,
Belajar itu biarlah berilmu,
Jangan engkar cakap guru.

Pakai baju warna biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Daun dedap di atas dalang,
Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada dilarang,
Perbuataan haram jangan dicuba.

Sungguh indah pintu pahat,
Burung puyon di atas dahan,
Kalau hendak hidup selamat,
Taat selalu perintah tuhan.

Belatuk di atas dahan,
Terbang derai ke lain pokok,
Hidup mati di tangan tuhan,
Kepada Allah kita bermohon.

Bendera Negara Brunei Darussalam

Bendera Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

SR Katok 'A'

SR Katok 'A'

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III
Cikgu Awg. Abd. Rahman bin Hj. Mustapa
Blog ini saya sajikan untuk murid-murid Tahun 6 yang saya sayangi. Semoga dengan wujudnya blog ini dapat menambah lagi ilmu mereka dalam mempelajari pelajaran Bahasa Melayu.

Waktu Sekarang

Zainul mendeklamasikan sajak bertajuk 'Pokok Tua'

Mayzrel menambangkan syair 'Bahaya Merokok'


Recent Comments