Kata Seru
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1._________, indahnya pemandangan di sini!
A Oh
B Aduh
C Hei
D Wah
2._________, sakitnya tangan saya!
A Aduh
B Aduhai
C Oh
D Wah
3._________, petahnya pelajar itu berbahasa!
A Amboi
B Aduh
C Cis
D Nah
4._________, cantiknya jam tangan ini!
A Oh
B Wah
C Hai
D Aduhai
5._________, siapkan latihan ini sekarang juga!
A Oh
B Cis
C Nah
D Wah
6._________, begini caranya membuat kek talam!
A Wah
B Oh
C Amboi
D Ceh
7._________, engkau telah berjaya!
A Nah
B Syabas
C Amboi
D Wah
8._________, perempuan yang tidak tahu malu!
A Oh
B Wah
C Cis
D Hoi
9._________, siapa pula yang hendak tolongsaya kali ini!
A Aduh
B Nah
C Eh
D Aduhai
10._________, rupanya kamu berdua adik-beradik!
A Nah
B Cis
C Eh
D Syabas
Sumber daripada:
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kseru.htm
http://upsrbm.tripod.com/ks-lat1j.htm
6 comments:
Jawapannya
1)D
2)A
3)A
4)B
5)C
6)B
7)B
8)D
9)C
10)C
1)D
2)A
3)A
5)B
6)B
7)B
8)D
9)C
10)C
DK. Aqilah, kamu berjaya menjawab 9 soalan dengan betul. Tahniah! :)
Ummi Yasmin, kamu berjaya menjawab 7 soalan dengan betul. Jangan putus asa, teruskan menjawab soalan yang lain pula. :)
1)d
2)a
3)a
4)b
5)c
6)b
7)b
8)d
9)c
10)c
Qarirah Afifah, kamu berjaya menjawab enam soalan denan betul. Teruskan usaha. :)
Post a Comment