Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan bahasa berserta maksudnya adalah seperti berikut.
Berpeluk tubuh
= Malas
Bermasam muka
= Tidak bertegur sapa
Berat sebelah
= Tidak adil
Banyak lemak
= Kelakuan yang melampau
Buku lima
= Penumbuk
Berganti tikar
= Berkahwin dengan saudara kepada bekas isteri ataupun suami
Buat helah
= Memberi alasan yang diada-adakan
Buah mulut
= Perkara yang menjadi percakapan orang ramai
Telinga kuali
= Tahan menerima kemarahan
Telinga lintah
= Tajam pendengaran
Potong haluan
= Mengambil peluang orang lain
Samar muka
=Kurang terang
Setengah tiang
= Darjah atau tingkatannya sahaja yang tinggi sedangkan ia tidak boleh menulis, membaca, dan mengira dengan baik
Tangkai jering
= Orang yang kedekut
Tulang duai
= Orang yang lemah tidak sanggup mengangkat atau bekarja kuat
Paku belanda
= Harga barang yang tetap harganya
Atas pagar
= Tidak menyebelahi mana-mana pihak
Balik gagang
= Pulang ke kampung asal
Pilih kasih
= Memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
Ajak-ajak ayam
= Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
Bongkok sabut
= Bongkok badan yang sedikit sahaja
Buruk siku
= Meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan kepada seseorang atau orang lain
Cakap besar
= Mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri
Cangkul angin
= Melakukan kerja yang sia-sia
Cicak kubin
= Sangat kurus
Derma kilat
= Derma yang dipungut dengan serta-merta
Gaji buta
= Gaji yang diterima dengan tidak bekerja sunguh-sungguh atau gaji yang didapati tanpa bekerja keras; seseorang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji
Latihan:
Pilih 5 daripada 27 simpulan bahasa di atas kemudian bina ayat berdasarkan simpulan bahasa yang kamu pilih. Setiap ayat haruslah mengandungi 6 atau lebih patah perkataan.
11 comments:
1) Bila ibu Aziman menyuruhnya membuat kerja rumah,dia berpeluk tubuh.
2) Aziz dan Armee bermasam muka dari petang tadi.
3) Isa memberi buku lima kepada Raman dengan tidak sengaja.
4) Azemi ini sangat kurus dari dahulu,jadi kami gelar dia cicak kubin.
5) Pak Kassim memarahkan Alex kerana dia telah memecahkan barang yang Pak Kassim sayangngi tapi Alex telinga kuali.
Terima kasih Aziz kerana menjawab. :)
Ada beberapa ayat yang kamu perlu baiki.
Ayat kamu yang pertama: Bila ibu Aziman menyuruhnya membuat kerja rumah, dia berpeluk tubuh.
Ayat yang diperbaiki: Aziman hanya berpeluk tubuh bila ibunya menyuruh membuat kerja rumah.
Ayat kamu yang kelima: Pak Kassim memarahkan Alex kerana dia telah memecahkan barang yang Pak Kassim sayangi tapi Alex telinga kuali.
Ayat yang diperbaiki: Pak Kassim memarahkan Alex kerana dia telah memecahkan barang yang Pak Kassim sayangi tapi Alex tidak hirau kerana dia teling kuali.
1.Syafiq berpeluk tubuh apabila cikgunya meyuruh memutik sampah.
2.Aziz buku lima kepada herol hadi secara tidak sengaja.
3.hakim berat sebelah kepada pencuri itu.
4.Sarah buruk siku kepada Siti.
5.Syahirah cicak kubin daripada Zattu.
Ummi Yasmin:
Cuma ayat pertama yang betul. Cuba baiki ayat kamu.
tiada simpulan bahasa yang secukupnya. boleh dibaiki lagi dgn menambahkan lagi simpulan bahasa.
Anonymous,
dalam laman web ini saya hanya memasukkan sedikit simpulan bahasa kerana ia merupakan latihan tambahan untuk murid-murid saya. Nota simpulan bahasa yang banyak telah saya berikan kepada murid-murid saya semasa sesi pengajaran pembelajaran di dalam kelas.
Harap maklum. :)
ini semua agak baik untunk murid murid agar dapat merujuk simpulan bahasa dengan senang dan semua betul(mestilah semua ini betul....dalah guna kompute)......
mmg bgus klau wat mcm ni dpat bnyk manfaat dripder simpulan bahsa ni
apalah pribhsa ni tk sronok pyula
in membantu saya untuk membuat kerja
Dhsiwqoowieidosizjs
Post a Comment