Kata Adjektif
1) Kata Adjektif adalah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. Sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
2) Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
3) Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.
Kata adjektif yang terdapat dalam buah durian: hijau, kuning, bulat, berduri, manis, lemak, keras dan sebagainya.
Latihan:
Nyatakan kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .
1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .
2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .
3. Kakinya terasa letih kerana terlalu jauh berjalan .
4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu.
5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.
6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut.
7.Jam tangan Haziq lambat sepuluh minit.
8.Puan Najwa membalut luka anaknya dengan kain nipis.
9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.
10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.
Sumber:
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksifat.htm
http://upsrbm.tripod.com/ka-lat2.htm
4 comments:
cikgu bagaimana menjawab soalan kata Adjektif ini.
Contoh cara menjawab soalan adalah seperti berikut:
1) lembik.
Senaraikan saja kata adjektif mengikut nombor.
Selamat mencuba. :)
2)hijau
3)bulat
4)berduri
5)manis
6)lemak
7)keras
8)bau nya menyengat
isi
1)kuning
2)oren
3)merah
4)putih
Ummi Yasmin, soalan mahukan kamu menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam ayat 1 hingga 10. Cuba kamu baca dan fahamkan soalan yang diberikan. semlamat mencuba. :)
Post a Comment