Fahaman


Aku Seekor Burung



Aku seekor burung. Namaku Si Merak. Di badanku terdapat bulu yang pelbagai warna dan sangat cantik, halus dan menarik.

Aku tergolong dalam kumpulan burung yang paling cantik. Oleh yang demikian, aku menjadi idaman ramai manusia yang gemar akan burung.

Pada suatu hari, aku tersempak dengan sekumpulan pemburu. Aku pun berlari sekuat hati untuk bersembunyi dan menyelamatkan diri. Pemburu-pemburu itu mengejarku. Namun nasibku malang. Mereka berjaya menangkapku dan memasukkanku ke dalam kurungan.

Pemburu-pemburu itu membawaku ke bandar. Aku dijual dengan harga yang tinggi kepada seorang tauke binatang. Aku ditempatkan di sebuah rumah kecil dan sempit yang disebut sangkar. Kemudian, aku dipamirkan kepada orang ramai.

Alangkah malangnya nasibku sebagai seekor burung merak yang telah terjerat. Aku sudah tidak boleh bebas bergerak seperti dulu. Aku telah dipisahkan daripada keluargaku. Jika perbuataan manusia ini berleluasa akan pupuslah spesisku pada masa hadapan.



Jawab soalan berikut menggunakan ayat penuh.

1) Siapakah Si Merak?

2) Mengapakan Si Merak menjadi idaman manusia?

3) Bagaimanakah Si Merak ditangkap oleh pemburu?

4) Di manakah Si Merak ditempatkan?

5) Apakah terjadi kepada Si Merak?

6) Apakah yang kamu lakukan untuk menyelamatkan spesis burung yang ada di dunia ini?

posted under |

6 comments:

asyraf said...

1)si merak ialah seekor burung.
2)kerana si merak tergolong dalam kumpulan burung yang paling cantik.
3)Pemburu-pemburu itu mengejar si merah sampai dapat.
4)si merah ditempatkan di sebuah rumah kecil dan sempit yang disebut sangkar.
5)si merak sudah tidak boleh bebas bergerak seperti dulu.
6)jangan tangkap burung.

DK.NURUL AQILAH BTE PG YUSOF. said...

1)si merak ialah seekor burung.
2)si merak tergolong dalam kumpulan burung yang paling cantik.
3)pemburu-pemburu itu mengejar si merak sampai dapat.
4)si merak di tempatkan sebuah rumah kecil dan sempit yang di sebut sangkar.
5)si merak telah di pamirkan kepada orang ramai.
6)jangan menangkap burung.

Tunas Bahasa Melayu said...

Bagus Asyraf, kamu sangat aktif menjawab soalan dalam blog ini. :)

Jawapan kamu yang pertama *si merak ialah seekor burung.

Jawapan kamu itu betul tetapi semasa menjawab soalan gunakan huruf besar untuk kata nama khas dan di permulaan ayat. Selain itu, cikgu pernah menerangkan kepada kamu tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah;.

Contoh:

1) Si Merak adalah seekor burung.

Walaupun jawapan kamu semuanya betul tetapi disebabkan jawapan kamu mengandungi kesalahan tatabahasa dan ada beberapa jawapan kamu tidak menggunakan ayat penuh, cikgu memberikan kamu markah 4/6.

Cuba lagi. :)

Tunas Bahasa Melayu said...

Terima kasih Dk.Nurul Aqilah kerana menjawab soalan ini. Jawapan kamu semuanya betul tetapi kamu melakukan kesalahan tatabahasa seperti penggunaan 'ialah' yang mana seharusnya kamu gunakan 'adalah'. Selain itu, kamu tidak menggunakan huruf besar bagi kata nama khas dan di permulaan ayat. Oleh yang demikian, markah yang kamu perolehi ialah 4/6.

Jangan putus asa dan sila jawab soalan lain. :)

ummi yasmin bte yaman said...

1.Si Merak adalah seekor burung.
2.Kerana Si Merak tergolong dalam kumpulan burung yang cantik.
3.Pemburu-pemburu itu mengejar sampai dapat.
4.Si Merak di tempatkan rumah kecil dan sempit yang disebut sangkar.
5.Si Merak tidak boleh bergerak bebas seperti dahulu.
6.Jangan menangkap burung.

Tunas Bahasa Melayu said...

Ummi Yasmin, kamu berjaya menjawab semua soalan dengan betul tetapi ada beberapa jawapan kamu yang tidak lengkap (tidak menggunakan ayat penuh).

Contohnya:

*Pemburu-pemburu itu mengejar sampai dapat.

Pembetulan: Pemburu-pemburu itu mengejar Si Merak sampai dapat.

Walau bagaimanapun, terima kasih Ummi Yasmin kerana kamu menjawab soalan fahaman ini. Teruskan usaha... :)

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Sila tinggalkan pesan sahaja:


ShoutMix chat widget

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6A

Buah Durian buah berduri,
Mari kita makan bersama-sama,
Jika kita tercucuk duri,
Tentulah sakitnya itu terasa.

Doraemon dan Nobita sangat gembira,
Giant dan Sinyu sangatlah sombong,
Dengan kawan haruslah mesra,
Jika berkawan janganlah sombong.

Suasana di hari raya,
Banyak ampau di sana sini,
Kalau kita menjadi kaya,
Boleh beli apa saja yang diingini.

Turun merambat di petang Jumaat,
Berbekal nangka berbungkus sutera,
Jika kita mempunyai sahabat,
Bolehlah kita belajar bersama.

Gunung daik bercabang tiga,
Di tengah laut ada ikan,
Di telapak kaki ibu itu syurga,
Ibu menanggis jangan dibiarkan.

Anak kerbau terlanggar lori,
Ketika berjalan kakinya timpang,
Nasihat ayat saya ingati,
Ayah mengingati jangan dibantang.

Cuaca tenang dia sembunyi,
Ketika malam mencari rezeki,
Takbir raya sudah berbunyi,
Kita rayakan di aidilfitri.

Pulan Labuan tidak berbukit,
Apa bukit di batu kerang,
Budi tuan bukan sedikit,
Dari dahulu sampai sekarang.

Abang-abang duduk di pintu,
Duduk di pintu membuka nanas,
Jangan abang cakap begitu,
Hati ya sejuk menjadi panas.

Asam pauh delima batu,
Ikan sumbilang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Wahai anak-anak sekalian,
Dengarlah saya hendak beri nasihat,
Kita mestilah bermesra dengan kawan,
Dengan kawan janganlah berbuat jahat.

Ayam berkokok setiap pagi,
Masa untuk bangun dari tidur,
Marilah kita jaga gigi,
Supaya gigi tidak kotor.

Ikan berenang di dalam air,
Banyaknya berenang membawa letih,
Kek ais krim sudahlah cair,
Kami pula berasa sedih.

Dengan kawan janganlah malu,
Tiada kawan membawa sepi,
Kita haruslah ceria selalu,
Marah itu adalah bara api.

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6C

Sebiji bola dilambung-lambung,
Bola dilambung di tanah rata,
Janganlah kamu bersifat sombong,
Semasa mengandung ibu derita.

Kaki bukan sebarang kaki,
Kaki diorder dari Jepun,
Buat apa bersedih hati,
Mari kira belajar berpantun.

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong julukkan,
Saya dan Nizam murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kertas terbang oleh angin,
Hendak ditangkap sangatlah payah,
Mari kita belajar rajin-rajin,
Supaya kita mendapat hadiah.

Orang bising di luar rumah,
Semua jiran menjadi marah,
Kanak-kanak bising di luar rumah,
Di sana sini orang marah.

Pergi ke hutan memotong getah,
Getah dipotong bertimpa-timpa,
Hendaklah ikut perintah Allah,
Hormatlah kepada ibu bapa.

Kalau memetik buah kepala,
Buat minyak ubat kepala,
Taatilah kedua ibu bapa,
Pastilah kamu dapat pahala.

Pergi ke tanam bersiar-siar,
Rumput panjang mesti dipotong,
Ibu bapa jangan dibiar,
Sakit susahnya mesti ditolong.

Pergi ke tamu membeli lada,
Lada banyak di mana-mana,
Kalau ibu bapa sudah tiada,
Waktu kecil hidup merana.

Topi emas topi ajaib,
Sunah nabi jangan dilupa,
Sembahyang itu hukumnya wajib,
Jangan kita mudah lupa.

Dua tiga burung merpati,
Ia terbang melayang-layang,
Ditembak seekor gugur mati,
Ia dibunuh bukan sebarang.

Menjemput atok pergi ke Tutong,
Membawa ke laut mencari sotong,
Berniaga itu biarlah untung,
Wangnya simpan didalam tabung.

Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok ru,
Belajar itu biarlah berilmu,
Jangan engkar cakap guru.

Pakai baju warna biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Daun dedap di atas dalang,
Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada dilarang,
Perbuataan haram jangan dicuba.

Sungguh indah pintu pahat,
Burung puyon di atas dahan,
Kalau hendak hidup selamat,
Taat selalu perintah tuhan.

Belatuk di atas dahan,
Terbang derai ke lain pokok,
Hidup mati di tangan tuhan,
Kepada Allah kita bermohon.

Bendera Negara Brunei Darussalam

Bendera Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

SR Katok 'A'

SR Katok 'A'

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III
Cikgu Awg. Abd. Rahman bin Hj. Mustapa
Blog ini saya sajikan untuk murid-murid Tahun 6 yang saya sayangi. Semoga dengan wujudnya blog ini dapat menambah lagi ilmu mereka dalam mempelajari pelajaran Bahasa Melayu.

Waktu Sekarang

Zainul mendeklamasikan sajak bertajuk 'Pokok Tua'

Mayzrel menambangkan syair 'Bahaya Merokok'


Recent Comments