Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif adalah kata kerja yang mesti disertai oleh objek untuk menunjukkan sesuatu perbuatan. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
Contoh perkataan kata kerja transitif aktif:
mencuci, menduduki, mendermakan, membaca, memperolehi dan mempersilakan.
Contoh ayat:
1) Saya mencuci pinggan selepas makan.
2) Kamu akan menduduki peperiksaan PSR pada bulan Oktober nanti.
3) Pak Ahmad mendermakan wang sebanyak $300 kepada Tabung Dana Al-Muthadee Billah.
4) Cikgu sedang membacakan buku cerita hantu kepada kami.
5) Anisa memperolehi markah penuh dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
6) Ayah mempersilakan tetamu yang hadir masuk ke rumah.
Latihan:
Bina lima ayat kata kerja transitif aktif berdasarkan gambar di bawah.
6 comments:
1.Nurul membawa keluarganya berkelah.
2.Aziz memakan roti paun.
3.Nurul dan Mak Siti membawa makanan yang banyak.
4.Mak Siti membawa jiran yang baru dan memperkenalkan kepada mereka.
5.kita mesti memperingatkan mereka ini beredah.
Terima kasih Ummi Yasmin kerna menjawab soalan ini. Ayat kamu yang kelima tidak tepat.
*Kita mesti mempertingkatkan mereka ini beredah.
Pembetulan: Kita mesti mempertingkatkan aktiviti beredah.
Jawapannya
1)Syazana membawa keluarganya pergi berkelah.
2)Ikhwan sedang memakan pisang.
3)Syazana dan mak Fatimah membawa banyak makanan dari rumah.
4)Mak Fatimah menjemput kawannya beserta keluarganya.
5)Kita mesti mempertingkatkan aktiviti beredah.
Bagus Dk. Nurul Aqilah, nampaknya jawapan kamu semuanya betul. :)
maaf...rasanya perkataan makan tidak ada imbuhan 'me' iaitu memakan...begitu juga minum...tiada meminum
Usaha anda dihargai. Kata kerja memperolehi sepatutnya memperoleh. Kata kerja membacakan sepatutnya membaca (sst untuk sso). Sekian.
Post a Comment