Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif adalah kata kerja yang disertai oleh objek. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Contoh ayat:

Radio itu didengari Asraf.
Tikus itu ditangkap oleh seekor kucing.
Buah-buahan itu dijual oleh seorang perempuanI.
Ikan itu dijala oleh Pak Abu.
Surat itu sedang dibaca oleh kakak.




Latihan: Tukarkan ayat kerja transitif aktif di bawah ini kepada ayat kerja transitif pasif.



1) Kakak membersihkan rumah.



2) Ibu membeli makanan di kedai.



3) Kamu perlu menguasai Bahasa Melayu Baku dengan baik.



4) Saya mencuci kasut sekolah.


5) Shahriman menunggang kuda.

posted under |

13 comments:

asyraf said...

1)rumah itu dibersihkan dan dicucikan oleh kakak
2)makanan di kedai itu dibeli oleh ibu.
3)Bahasa Melayu Baku perlu dikuasai oleh kami dengan baik.
4)kasut sekolah dicuci oleh awak.
5)kuda dinunggana oleh shahriman.

awg ahmad asyraf bin awg mahmud
6A

Tunas Bahasa Melayu said...
This comment has been removed by the author.
Tunas Bahasa Melayu said...

Terima kasih Asyraf kerana menjawab soalan di atas. Cikgu minta maaf kerana ayat pertama sebelum ini salah dan cikgu sudah betulkan. Tentang jawapan kamu, kamu berjaya menjawab tiga soalan dengan tepat. :)

ummi yasmin bte yaman said...

cikgu bagaimana nak jawab soalan itu

Abdul Aziz A.K said...

1) Rumah dibersihkan oleh kakak.
2) Makanan di kedai dibeli oleh ibu.
3) Bahasa melayu baku perlu diguasai dengan baik oleh kamu.
4) Kasut sekolah dicuci oleh saya.
5) kuda ditunggang oleh Shahriman.

Tunas Bahasa Melayu said...

Ummi Yasmin:

Cara menjawab soalan di atas adalah dengan memberi nombor jawapan kamu seperti yang kawan kamu telah lakukan. Selamat mencuba. :)

Tunas Bahasa Melayu said...

Terima kasih Aziz kerana kamu menjawab lagi soalan yang cikgu sediakan.

Tentang jawapan kamu, kamu berjaya menjawab 4 soalan dengan betul dan ada beberapa perkataan yang kamu salah eja seperti perkataan *diguasai sebetulnya dikuasai.

Walaubagaimanapun, syabas cikgu ucapkan kepada kamu. :)

ummi yasmin bte yaman said...

1.Rumah itu dibersihkan oleh kakak.
2.Makanan di kedai itu dibeli oleh ibu.
3.Bahasa Melayu Baku perlu dikuasai oleh kami dengan baik.
4.Kasut sekolah dicuci oleh awak.
5.kuda dinungana oleh shahriman

ummi yasmin bte yaman said...

minta maaf soalan yang ke 5 sebetulnya = kuda itu ditunggang oleh shahriman.

DK.NURUL AQILAH BTE PG YUSOF. said...

jawapannya
1)Rumah itu dibersihkan oleh kakak.
2)Makanan di kedai itu di beli oleh ibu.
3)Bahasa melayu baku perlu dikuasai oleh kami dengan baik.
4)Kasut sekolah di cuci oleh saya.
5)Kuda itu ditunggang oleh Shahriman.

Tunas Bahasa Melayu said...

Tahniah Ummi Yasmin dan Dk. Nurul Aqilah, kamu berdua berjaya menjawab soalan ini dengan betul. :)

Anonymous said...

Lol...

Anonymous said...

Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,Tidak ada Tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu.Kau adalah alasan kenapa aku ada. Inilah ucapan hari ibu yg best.......

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Sila tinggalkan pesan sahaja:


ShoutMix chat widget

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6A

Buah Durian buah berduri,
Mari kita makan bersama-sama,
Jika kita tercucuk duri,
Tentulah sakitnya itu terasa.

Doraemon dan Nobita sangat gembira,
Giant dan Sinyu sangatlah sombong,
Dengan kawan haruslah mesra,
Jika berkawan janganlah sombong.

Suasana di hari raya,
Banyak ampau di sana sini,
Kalau kita menjadi kaya,
Boleh beli apa saja yang diingini.

Turun merambat di petang Jumaat,
Berbekal nangka berbungkus sutera,
Jika kita mempunyai sahabat,
Bolehlah kita belajar bersama.

Gunung daik bercabang tiga,
Di tengah laut ada ikan,
Di telapak kaki ibu itu syurga,
Ibu menanggis jangan dibiarkan.

Anak kerbau terlanggar lori,
Ketika berjalan kakinya timpang,
Nasihat ayat saya ingati,
Ayah mengingati jangan dibantang.

Cuaca tenang dia sembunyi,
Ketika malam mencari rezeki,
Takbir raya sudah berbunyi,
Kita rayakan di aidilfitri.

Pulan Labuan tidak berbukit,
Apa bukit di batu kerang,
Budi tuan bukan sedikit,
Dari dahulu sampai sekarang.

Abang-abang duduk di pintu,
Duduk di pintu membuka nanas,
Jangan abang cakap begitu,
Hati ya sejuk menjadi panas.

Asam pauh delima batu,
Ikan sumbilang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Wahai anak-anak sekalian,
Dengarlah saya hendak beri nasihat,
Kita mestilah bermesra dengan kawan,
Dengan kawan janganlah berbuat jahat.

Ayam berkokok setiap pagi,
Masa untuk bangun dari tidur,
Marilah kita jaga gigi,
Supaya gigi tidak kotor.

Ikan berenang di dalam air,
Banyaknya berenang membawa letih,
Kek ais krim sudahlah cair,
Kami pula berasa sedih.

Dengan kawan janganlah malu,
Tiada kawan membawa sepi,
Kita haruslah ceria selalu,
Marah itu adalah bara api.

Pantun yang dihasilkan oleh murid-murid Thn 6C

Sebiji bola dilambung-lambung,
Bola dilambung di tanah rata,
Janganlah kamu bersifat sombong,
Semasa mengandung ibu derita.

Kaki bukan sebarang kaki,
Kaki diorder dari Jepun,
Buat apa bersedih hati,
Mari kira belajar berpantun.

Buah Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong julukkan,
Saya dan Nizam murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Kertas terbang oleh angin,
Hendak ditangkap sangatlah payah,
Mari kita belajar rajin-rajin,
Supaya kita mendapat hadiah.

Orang bising di luar rumah,
Semua jiran menjadi marah,
Kanak-kanak bising di luar rumah,
Di sana sini orang marah.

Pergi ke hutan memotong getah,
Getah dipotong bertimpa-timpa,
Hendaklah ikut perintah Allah,
Hormatlah kepada ibu bapa.

Kalau memetik buah kepala,
Buat minyak ubat kepala,
Taatilah kedua ibu bapa,
Pastilah kamu dapat pahala.

Pergi ke tanam bersiar-siar,
Rumput panjang mesti dipotong,
Ibu bapa jangan dibiar,
Sakit susahnya mesti ditolong.

Pergi ke tamu membeli lada,
Lada banyak di mana-mana,
Kalau ibu bapa sudah tiada,
Waktu kecil hidup merana.

Topi emas topi ajaib,
Sunah nabi jangan dilupa,
Sembahyang itu hukumnya wajib,
Jangan kita mudah lupa.

Dua tiga burung merpati,
Ia terbang melayang-layang,
Ditembak seekor gugur mati,
Ia dibunuh bukan sebarang.

Menjemput atok pergi ke Tutong,
Membawa ke laut mencari sotong,
Berniaga itu biarlah untung,
Wangnya simpan didalam tabung.

Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok ru,
Belajar itu biarlah berilmu,
Jangan engkar cakap guru.

Pakai baju warna biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Daun dedap di atas dalang,
Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada dilarang,
Perbuataan haram jangan dicuba.

Sungguh indah pintu pahat,
Burung puyon di atas dahan,
Kalau hendak hidup selamat,
Taat selalu perintah tuhan.

Belatuk di atas dahan,
Terbang derai ke lain pokok,
Hidup mati di tangan tuhan,
Kepada Allah kita bermohon.

Bendera Negara Brunei Darussalam

Bendera Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

Logo Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam

SR Katok 'A'

SR Katok 'A'

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III

Guru Besar SR Katok 'A', Brunei III
Cikgu Awg. Abd. Rahman bin Hj. Mustapa
Blog ini saya sajikan untuk murid-murid Tahun 6 yang saya sayangi. Semoga dengan wujudnya blog ini dapat menambah lagi ilmu mereka dalam mempelajari pelajaran Bahasa Melayu.

Waktu Sekarang

Zainul mendeklamasikan sajak bertajuk 'Pokok Tua'

Mayzrel menambangkan syair 'Bahaya Merokok'


Recent Comments