Kata Ganti Nama Diri Tanya
1. Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya.
Contoh:
• Apa merujuk kepada benda atau perkara.
• Siapa merujuk kepada orang.
• Mana merujuk kepada benda atau orang.
2. Partikel –kah hanya digunakan apabila kata ganti nama diri tanya digunakan di hadapan ayat.
Contoh:
• Apakah nama bangunan yang tertinggi di dunia? [betul]
• Nama bangunan yang tertinggi di dunia apakah? [salah]
Latihan:
Pilih kata ganti nama diri tanya yang betul.
1. (Apakah / Siapakah ) yang menjadi ketua pengawas sekolah tahun ini?
2. Perkara yang dibincangkan itu ( mana / apa )?
3. Nama pelajar yang baru datang itu ( siapa / apa )?
4. “Rombongan yang datang itu dengan ( siapa / apa )?”tanya Izzat kepada pemuda itu.
5. “( Apakah / Siapakah ) yang datang bersama-sama kamu semalam?”tanya ibu kepada Rahman.
Sumber:
http://cikgunoriatijamal.blogspot.com/2009/12/kata-ganti-nama-diri-tanya.html
12 comments:
1.SIAPAKAH
2.APA
3.SIAPA
4.SIAPA
5.SIAPAKAH
Jawapannya
1)Siapakah.
2)Apa.
3)Siapa.
4)Siapa.
5)Siapakah.
Tahniah Zakiyah kerana jawapan kamu semuanya betul. :)
Syabas Dk. Nurul Aqilah kerana kamu berjaya menjawab kelima-lima soalan dengan betul. :)
1)siapakah.
2)apa.
3)siapa.
4)siapa
5)siapakah
Tahniah Siti Nazirah, kamu berjaya menjawab kelima-lima soalan dengan betul. Sila cuba jawab soalan lain pula. :)
1)Siapakah
2)Apa
3)Siapa
4)Siapa
5)Siapakah
Tahniah Ummi Yasmin, kamu berjaya menjawab kelima-lima soalan itu dengan betul. :)
1)Siapakah
2)Apa
3)Siapa
4)Siapa
5)Siapakah
Syabas, Dk. Ummi Zahirah kerana kamu berjaya menjawab kelima-lima soalan dengan betul. Teruskan menjawab soalan yang lain pula. :)
1)siapakah
2)apa
3)siapa
4)siapa
5)siapakah
Post a Comment